Tuesday, August 28, 2012

Emel


Siapa:


kalangan remaja hari

Apa:

Menyalahgunakan rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter
Mengapa: .

1. berlakulah perselisihan faham antara mereka

2. menaikmuat gambar yang kurang kurang sesuai
Mana :

Bila:
Bagaimana

1. komen-komen yang kurang sensitif,.
2.Ada pula yang tanpa segan silu memuatnaikkan gambar-gambar mereka yang kurang elok dipandang








Daripada : ismail_hassan@ e-warkah.com

Kepada : hanif_omar@ e-warkah.com

Subjek : Penyalahgunaan Rangkaian Sosial



Hanif

Apa khabar? Semoga awak berada dalam keadaan sihat sejahtera. Peperiksaan peringkat ‘N’ hampir menjelang, pasti awak sibuk mengulangkaji pelajaran. Maaf jika saya mengganggu.

Sebenarnya, saya ingin mendapatkan pandangan awak tentang penyalahgunaan rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya dalam kalangan remaja hari ini. Saya mempunyai akaun Facebook tetapi jarang menggunakannya.



Namun, saya mendapati bahawa ramai rakan saya yang merupakan pengguna-pengguna aktif, telah menyalahgunakan Facebook. Disebabkan komen-komen yang kurang sensitif, berlakulah perselisihan faham antara mereka. Ada pula yang tanpa segan silu memuatnaikkan gambar-gambar mereka yang kurang elok dipandang. Saya risau jika perbuatan-perbuatan seperti ini berlarutan. Sebagai rakan, apakah yang harus saya lakukan? Saya amat prihatin terhadap perkembangan akhlak golongan remaja kita hari ini.



Itu sahaja yang ingin saya luahkan. Saya sangat mengharapkan balasan daripada awak.



Yang benar

Ismail