Thursday, September 29, 2011

Sila Baca Soalan di bawah in i dengan teliti. Kemudian, anda harus mengarang Perenggan 1 sahaja iaitu respons dan pendapat tentang kesan.

Taip jawapan di Google Doc dan kemudian SHARE ke alamat bahasa3e@gmail.com

Daripada : dahiliamanaf@e-khabar.com
Kepada : ruzainiakbar@e-khabar.com

Subjek : Penglibatan Dalam Kelab Belia Anggerik

Ruzaini

            Apa khabar ? Maaf kerana sudah lama tidak mengirimkan berita. Saya ingin berkongsi dengan awak tentang aktiviti terbaharu saya. Sejak sebulan yang lalu, saya telah menjadi anggota kelab belia di kelab masyarakat kawasan undi Anggerik. Saya menyertai kelab ini kerana ingin mengisi masa lapang dan menimba pengalaman.


            Banyak aktiviti berfaedah yang telah kumpulan saya rancangkan yang melibatkan penyertaan belia. Antaranya ialah perkhemahan kepimpinan belia di Pulau St John dan perkhidmatan tuisyen percuma pada hujung minggu untuk anak-anak yatim di rumah tumpangan Darul Ihsan. Selain daripada mendapat ramai kenalan baharu, semua aktiviti ini telah menjadikan saya seorang belia yang matang dan bertanggungjawab.

             Sebenarnya, kelab kami ini masih mengharapkan lebih ramai lagi belia yang bertenaga seperti awak untuk menjadi anggota kelab kami. Saya tahu awak juga mempunyai minat dan aspirasi yang sama dengan saya. Sudikah awak menjadi anggota kelab kami ?


Sila balas e-mel saya.

Salam hormat

Dahilia