Tuesday, May 15, 2012

1. Kamu baru sahaja menerima e-mel daripada seorang rakan. Baca e-mel itu dan berikan respons kamu terhadap perkara-perkara yang terkandung dalam e-mel tersebut.


Daripada kencanadewi@e-warkah.com

Kepada candrakirana@e-warkah.com

Subjek Mengekalkan perhubungan baik antara rakan

Kirana,

Apa khabar? Sudah lama saya tidak mendengar berita tentang awak. Bagaimana keadaan awak sejak buka sekolah pada penggal dua?


Saya dapati sejak sekolah mula pada bulan Mac yang lalu, kerja sekolah semakin banyak dan saya rasa agak tertekan dengan tuntutan belajar. Ini yang menyebabkan saya kurang bersosial dengan rakan-rakan yang ada.

Saya ingin mendapat nasihat daripada awak tentang cara untuk mengekalkan perhubungan yang baik antara rakan-rakan saya sama ada di sekolah mahupun di luar agar persahabatan kami sentiasa baik dan berpanjangan. Saya berharap dengan nasihat yang diberi saya dapat menjadi seorang kawan yang lebih menyenangkan.

Semoga kita berjumpa di lain masa.



Salam hormat,

Dewi























Daripada: candrakirana@e-warkah.com






Kepada: kencanadewi@e-warkah.com





Subjek: Mengekalkan perhubungan baik antara rakan





Dewi,

Apa khabar? Saya di sini sedang sibuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh cikgu. Saya berasa simpati tatkala mendapat khabar bahawa awak rasa tertekan dengan tuntutan belajar. Saya dapa merasa apa yang awak sedang lalui. Tidak dapat saya nafikan bahawa awak kurang bersosial dengan rakan-rakan yang ada kerana kerja sekolah semakin banyak dan kita bakal menduduki perperiksaan yang amat penting sekali iaitu perperiksaan peringkat 'O' level. Awak tidak perlu berasa bimbang kerana saya akan memberi cara-cara yang baik untuk mengekalkan perhubungan baik antara rakan awak.


Pertama sekali, saya akan berkomunikasi bersama rakan saya di lelaman sosial. Memandangkan teknologi di zaman serba moden ini semakin canggih, saya telah pun memaanfaatkan teknologi yang ada. Untuk pengetahuan awak, dengan berkomunikasi di lelaman sosial, saya dapat meraih faedah seperti, dapat menjimat masa; dapat menjimat tenaga; dan yang terakhir ialah mendapat tahu perkembangkan rakan saya di lelaman sosial. Saya rasa bahawa saya telah memanfaatkan kecanggihan teknologi dengan sebaiknya, Maka, berkomunikasi di lelaman sosial dapat mengekalkan perhubungan baik antara rakan.


Kedua, saya amalkan belajar secara kumpulan dengan rakan saya, Untuk pengetahuan awak, saya dapat meraih faedah dengan mengamalkan belajar secara kumpulan. Antara faedah-faedah yang boleh diraih ialah, dapat menambah ilmu; kongsi pengetahuan; dan akhir sekali ialah dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakan. Saya dapat rasa bahawa saya telah memanfaatkan masa saya dengan menambah ilmu. Maka, belajar secara kumpulan dapat mengekalkan perhubungan baik antara rakan,


Cara yang terakhir ialah mengamalkan sifat saling faham-memahami antara satu sama yang lain. Memandangkan kerja sekolah semakin banyak dan tidak mempunyai masa yang sesuai untuk bersosial, mungkin rakan awak mempunyai tangapan negatif terhadap awak, Justeru, dengan mengamalkan sifat faham-memahami antara satu sama yang lain, itu akan menghindari pada tercetusnya tangapan negatif. Maka cara ini dapat mengekalkan perhubungan baik antara rakan.


Kesimpulannya, dengan mengikuti cara-cara yang telah diberi, awak dapat mengekalkan perhubungan baik antara rakan-rakan sama ada di sekolah mahupun di luar. Saya berharap awak dapat menjadi seorang kawan yang lebih menyenangkan dan semoga awak berjaya melakukan cara-cara yang diberi.

Semoga kita berjumpa di lain masa.


Salam hormat,

Kirana