Penanda Wacana
i) Penanda permulaan
karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman
pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa
ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti
kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara
menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m)
Sejak akhir-akhir ini,
ii) Penanda memulakan isi
baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara
itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada
itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i)
Seterusnya,
iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal
ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi
kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f)
Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini
tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala
iv) Penanda memberi
contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai
contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f)
Antaranya adalah seperti
v) Penanda menghuraikan
contoha) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh
itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g)
Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,
vi) Penanda menutup
isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d)
Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan
sedemikian,
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu
ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini
memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_
membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)
a) justeru
b)
malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali
gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar
viii) Penanda
memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c)
Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai
penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara
keseluruhan,
i) Secara total,
ix) Penanda menerangkan huraian
atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin
begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika
dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di
sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,
x)
Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa,
.......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang
tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa,
............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata
peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu,
.............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata
mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata
cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n)
Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini
dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin
rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........
Saturday, May 26, 2012
Tuesday, May 15, 2012
1. Kamu baru sahaja menerima e-mel daripada seorang rakan. Baca e-mel itu dan berikan respons kamu terhadap perkara-perkara yang terkandung dalam e-mel tersebut.
Daripada kencanadewi@e-warkah.com
Kepada candrakirana@e-warkah.com
Subjek Mengekalkan perhubungan baik antara rakan
Kirana,
Apa khabar? Sudah lama saya tidak mendengar berita tentang awak. Bagaimana keadaan awak sejak buka sekolah pada penggal dua?
Saya dapati sejak sekolah mula pada bulan Mac yang lalu, kerja sekolah semakin banyak dan saya rasa agak tertekan dengan tuntutan belajar. Ini yang menyebabkan saya kurang bersosial dengan rakan-rakan yang ada.
Saya ingin mendapat nasihat daripada awak tentang cara untuk mengekalkan perhubungan yang baik antara rakan-rakan saya sama ada di sekolah mahupun di luar agar persahabatan kami sentiasa baik dan berpanjangan. Saya berharap dengan nasihat yang diberi saya dapat menjadi seorang kawan yang lebih menyenangkan.
Semoga kita berjumpa di lain masa.
Salam hormat,
Dewi

Daripada: candrakirana@e-warkah.com
Kepada: kencanadewi@e-warkah.com
Subjek: Mengekalkan perhubungan baik antara rakan
Dewi,
Apa khabar? Saya di sini sedang sibuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh cikgu. Saya berasa simpati tatkala mendapat khabar bahawa awak rasa tertekan dengan tuntutan belajar. Saya dapa merasa apa yang awak sedang lalui. Tidak dapat saya nafikan bahawa awak kurang bersosial dengan rakan-rakan yang ada kerana kerja sekolah semakin banyak dan kita bakal menduduki perperiksaan yang amat penting sekali iaitu perperiksaan peringkat 'O' level. Awak tidak perlu berasa bimbang kerana saya akan memberi cara-cara yang baik untuk mengekalkan perhubungan baik antara rakan awak.
Pertama sekali, saya akan berkomunikasi bersama rakan saya di lelaman sosial. Memandangkan teknologi di zaman serba moden ini semakin canggih, saya telah pun memaanfaatkan teknologi yang ada. Untuk pengetahuan awak, dengan berkomunikasi di lelaman sosial, saya dapat meraih faedah seperti, dapat menjimat masa; dapat menjimat tenaga; dan yang terakhir ialah mendapat tahu perkembangkan rakan saya di lelaman sosial. Saya rasa bahawa saya telah memanfaatkan kecanggihan teknologi dengan sebaiknya, Maka, berkomunikasi di lelaman sosial dapat mengekalkan perhubungan baik antara rakan.
Kedua, saya amalkan belajar secara kumpulan dengan rakan saya, Untuk pengetahuan awak, saya dapat meraih faedah dengan mengamalkan belajar secara kumpulan. Antara faedah-faedah yang boleh diraih ialah, dapat menambah ilmu; kongsi pengetahuan; dan akhir sekali ialah dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakan. Saya dapat rasa bahawa saya telah memanfaatkan masa saya dengan menambah ilmu. Maka, belajar secara kumpulan dapat mengekalkan perhubungan baik antara rakan,
Cara yang terakhir ialah mengamalkan sifat saling faham-memahami antara satu sama yang lain. Memandangkan kerja sekolah semakin banyak dan tidak mempunyai masa yang sesuai untuk bersosial, mungkin rakan awak mempunyai tangapan negatif terhadap awak, Justeru, dengan mengamalkan sifat faham-memahami antara satu sama yang lain, itu akan menghindari pada tercetusnya tangapan negatif. Maka cara ini dapat mengekalkan perhubungan baik antara rakan.
Kesimpulannya, dengan mengikuti cara-cara yang telah diberi, awak dapat mengekalkan perhubungan baik antara rakan-rakan sama ada di sekolah mahupun di luar. Saya berharap awak dapat menjadi seorang kawan yang lebih menyenangkan dan semoga awak berjaya melakukan cara-cara yang diberi.
Semoga kita berjumpa di lain masa.
Salam hormat,
Kirana

Subscribe to:
Posts (Atom)