Wednesday, July 20, 2011

Bahas Antara Kumpulan (3N)





Ibu bapa atau Internet yang menyebabkan remaja terjebak dalam aliran 'Black Metal'


LATIHAN SUSULAN>

SOALAN: Internet yang menyebabkan remaja terjebak ke dalam Kancah ‘Black Metal’.

BATMAN1.
1.Budaya ( Bahasa, Amalan , Seni )
SAMMBoB

2. Agama
SAMMBoB

3. Teknologi
SAMMBoB

4.Nilai
SAMMBoB

Tuesday, July 19, 2011

Persembahan 3N (Persembahan ala 3 Wajah

Sila berikan komen anda setelah menonton persembahan rakan-rakan anda,

Tuesday, July 12, 2011

E-mel Tidak Rasmi

Kamu dapati bahawa seorang teman kamu mengalami masalah. Dia menunjukkan perubahan sikap sejak akhir-akhir ini. Dalam e-mel kamu, kamu seharusnya menceritakan masalah teman darjah kamu kepada sahabat kamu untuk mendapatkan pendapat untuk membantu teman sedarjah kamu itu.


Kepada: Azmi@gmail.com
Perkara:

Sunday, July 10, 2011

Personaliti




SINOPSIS 3 WAJAH

Luahan dan keluhan wanita

Tukang Sapu

Angan dan impian yang membawa kepada luahan perasaan seorang tukang sapu terhadap fenomena hidup masyarakat sekeliling. Realiti hidup yang pahit sering membawa manusia ke daerah dunia anganan yang dicipta untuk melarikan diri dari kenyataan. Dari angan yang dicipta dia menemukan satu kebahgiaan yang sementara. Tetapi reality tetap harus dihadapi. Penghujung jalan cerita hidup yang keperitan masih dalam teka-teki. Yang berani akan terus berjuang manakala si bacul akan memilih jalan pintas yang penuh tragedis.

Hutang

Dari saat dilahirkan di muka bumi manusia telah berhutang. Dan sesungguhnya dalam menjalani kehidupan beban hutang tidak dapat dipisah dari setiap insan. Ada yang mengaut keuntungan dari hutang piutang orang lain manakala ada yang menanggung azabnya. Si pemiutang sendiri pun kadang-kala terhutang dengan pemiutang yang lain. Hutang menjadi satu kemestian dalam menjalani kehidupan masakini; tak kira sama ada hutang secara zahirnya atau secara batin; manusia tetap berhutang.

Pukul

Dari kehidupan mewah sebagai seorang isteri kenamaan kepada peniaga runcit dan seterusnya menjadi banduan. Dari terpukul kepada dipukul akhrnya dia bangkit lalu memukul atas dasar untuk melindungi diri. Luahan perasaan seorang perempuan atas kehidupan yang dijalani. Antara cita-cita dan kejayaan Negara, prinsip arwah bapa dan kejatuhan seorang suami. Beliau cuba tabahkan hati namun batas kesabaran manusia tetap ada hadnya dimana dia akhirnya bangkit.

Saturday, July 2, 2011

Tindakan Ke Atas Pendera

Setiap pelajar perlu memberi pandangan tentang tindakan ke atas penderaan. Gunakan WALLWISHER untuk memberi pandangan anda.
Jawapan anda perlu gunakan SAMMBoB.
Contoh:
Siapakah yang harus mengambil tindakan?
Apakah tindakan tersebut? ( Kata Kerja)
Mengapa tindakan tersebut terbaik?
Di mana dan Bilakah tindakan tersebut diambil?
Bagaimanakah tindakan tersebut dijalankan? ( Proses Kata Kerja)


SILA KLIK butang "Post a Sticky" di atas untuk mula beri pandangan anda.

Penderaan kanak-kanak

Penderaan Kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap kanak-kanak sama ada secara fizikal, mental atau seksual Isu penderaan kanak-kanak telah menjadi topik perbicaraan pada awal tahun 1990-an yang merupakan satu masalah yang sangat membimbangkan masyarakat dan pemerintah.

Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang biasa kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita.

Tambahan pula, pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.


Kesimpulannya, semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama untuk menbendung berlakunya kes penderaan kanak- kanak. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Tuhan yang sangat suci.. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti. Nilai murni yang boleh dipelajari dari esei ini ialah nilai bertanggungjawab, toleransi, kasih sayang, kasih sayang terhadap keluarga, melindungi hak kanak-kanak dan niali rasional.

Click to play this Smilebox slideshow

Penderaan Kanak-kanak

Apakah kesan penderaan kanak-kanak?
Akibat jangka pendek


Akibat gangguan emosi dan perlakuan
• Rasa rendah diri
• Lasak terlampau/hiperaktif
• Mencederakan diri sendiri
• Kurang hubungan rakan sebaya
• Merasa malu/bersalah
• Gangguan somatik, histeria
• Penurunan prestasi pelajaran
• Masalah pemakanan
• Kemurungan, kerisauan
• Penyalahgunaan dadah/alkohol




Akibat penderaan fizikal dan emosi
• Hiperaktif, agresif, panas baran dan mudah terangsang dengan perbuatan kasar/ganas
• Tiada perasaan
• Terdedah kepada masalah emosi seperti buli atau ponteng sekolah
• Menyalahkan orang lain
• Lemah dalam perhubungan sesama sendiri , pembelajaran dan juga vokasional
Akibat pengabaian emosi
• Menyalahkan diri sendiri
• Diam dan tidak bereaksi atau tidak memberi respon sosial dan emosi kepada persekitaran
• Berkemungkinan besar menjadi mangsa keganasan apabila dewasa
• Kawalan diri kurang, rasa rendah diri
• Bersedih dan mudah menjadi murung

Akibat jangka panjang penderaan kanak-kanak
A) Kesan kesihatan
• Gangguan perkembangan
• Kurang upaya
• Masalah pemakanan
• Masalah tidur
• Kemurungan /kerisauan
• Kesan kesihatan reproduktif jangka panjang (long term reproductive health outcome)
• Kegagalan fungsi
• Kemandulan

B)Kesan Sosial
• Salah laku, perlakuan ganas
• Mencederakan/merosakkan diri sendiri
• Perlakuan berisiko tinggi
• Mungkin menjadi ibu/bapa yang mendera anak
• Penyalahgunaan dadah/alkohol
Akibat yang menyebabkan kematian
• Membunuh (Homicide)
• Membunuh diri (Suicide)
• Membunuh anak (Infanticide)
• AIDS
• Melakukan pengguguran haram
• Kematian akibat kesan buruk kesihatan
reproduktif